Perempuan -Ito
Perempuan Perempuan,
Ku bicarakan tentang mu Kau penawar, kau peracun hati,
Tentang duniamu yang tersendiri Kaulah pahit, kaulah manis
Jasa peranan hidup ini Gelombang hidup ini...
Engkaulah bunga
Melahirkan insan di dunia, Sayang Perempuan
Sebagai lambang hidup Berhati-hatilah dirimu, Sayang
Yang suci dan murni Jagalah penghormatan diri
Yang diberi
Perempuan
Teman Adam kesepian Tanpamu,
Kaulah ibu, Tanpa ku hidup
Kau kekasih hati Tak bererti
Anak kemanjaan kami
Pengorbananmu,
Tak perlu dipertikaikan.... Sayang
Mendidik dan membina
Kami hingga dewasa
Wanita
Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasullullah telah bersabda;
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
Falsafah wanita terciptanya dari tulang rusuk…
Mengapa wanita dibuat dari tulang rusuk lelaki, tidak dibuat dari tulang tengkorak kerana wanita bukan tercipta untuk disanjung-sanjung, wanita tidak pula dibuat dari tulang kaki kerana wanita tidak tercipta untuk ditindas dan dijadikan alas, betapa wanita dibuat dari tulang rusuk kerana wanita tempatnya adalah di samping lelaki sebagai pendamping, sebagai sebahagian dari hidup lelaki dan kerana tulang rusuklah yang paling dekat dengan jantung ( heart) adalah untuk disayangi, untuk dicintai dan untuk dilindungi dengan sepenuh jiwa raganya…
Wanita Itu Perhiasan.
Wanita telah dianugerahkan dengan rupa paras yang cantik, suara yang lunak, sikap yang lemah-lembut, penyayang dan cirri-ciri keibuan. Namun yang demikian, sebaik-baik wanita itu adalah wanita solehah. Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah S.A.W dalam sabdanya;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.
(HR. Muslim).
Wanita Itu Penawar .
Wanita itu dikatakan umpama penawar apabila wanita itu lengkap dengan ciri-ciri muslimah, taat terhadap suami dan bijak menjaga kehormatannya. Wanita menjadi penenang dan penghibur hati suami dikala senang dan susah. Wanita yang menjadi contoh terbaik adalah Saidatina Khadijah r.a iaitu isteri Rasulullah S.A.W.
Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata:
“Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantuni anak yatim piatu, menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?”
Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.
Wanita Peracun Hati .
Namun demikian wanita juga boleh berubah menjadi racun apabila nafsu telah menguasai hati dan akal. Wanita yang dianugerahkan dengan kecantikkan, kelunakkan suara dan kelembutannya mampu mempengaruhi kaum lelaki sehinggakan ramai lelaki yang melakukan dosa apabila telah tergoda dengan pujuk rayu wanita.
Dari Ali bin Zaid bin Said bin Musayyib diriwayatkan bahawa ia berkata :
“Setiap kali syaitan putus asa menghadapi manusia,ia pasti menggunakan godaan Wanita.”
Peristiwa Nabi Adam A.S Dan Hawa Turun Ke Bumi
Nabi Adam a.s. tinggal dengan senang di dalam syurga seorang diri. Namun, baginda mendapati hidupnya sunyi kerana tidak mempunyai teman seperti mana mahluk-mahluk lain yang mempunyai pasangan dan teman mereka sendiri.
Allah s.w.t. pun mengkurniakan Nabi Adam a.s. seorang teman hidup yang diciptakan dari tulang rusuk baginda. Dari tulang rusuk ini terbentuk seorang wanita pertama yang diberi nama Siti Hawa untuk mendampingi serta menemani Nabi Adam a.s. Mereka berdua disatukan sebagai suami-isteri dan diberi nikmat hidup bebas di dalam syurga.
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim," firman Allah s.w.t. kepada Nabi Adam a.s.
Mereka telah diberi kebebasan untuk menikmati syurga namun mereka telah diperingatkan oleh Allah s.w.t. untuk tidak makan buah dari pohon Khuldi. Mereka diperintahkan untuk menjauhkan diri dari pohon Khuldi yang terlarang tersebut. Mereka mematuhi perintah Allah s.w.t. tersebut dan menjauhkan diri dari pohon Khuldi.
Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa tidak menyedari bahawa kehidupan mereka di dalam syurga sentiasa diperhatikan oleh pihak yang iri hati dan menyimpan perasaan dendam terhadap mereka. Iblis yang dilaknat Allah s.w.t. sentiasa mengintip setiap gerak-geri dan perbuatan mereka berdua. Janji Iblis untuk menyesatkan manusia membolehkan ia untuk berlengah-lengah di syurga walaupun telah dihalau keluar.
"Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita," firman Allah s.w.t. memperingatkan Nabi Adam a.s. akan cubaan Iblis untuk menyesatkan umat manusia dan bahawa Iblis itu adalah musuh kepada umat manusia.
Iblis mencari jalan untuk menyesatkan Nabi Adam a.s. tetapi setiap perbuatan yang dilakukan oleh baginda di dalam syurga telah dihalalkan oleh Allah s.w.t. terkecuali satu iaitu makan buah dari pohon Khuldi. Iblis membuat perkiraan untuk membuat Nabi Adam a.s. agar melanggar perintah Allah s.w.t. agar baginda turut serta terhalau dari syurga seperti dirinya.
Iblis dengan kepandaian yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. telah mengunakan ilmu itu untuk menentang Allah s.w.t. dengan cara menyesatkan manusia yang dijadikan sebaik-baiknya sebagai khalifah kepada sekalian mahluk. Dia menukarkan bentuk asalnya untuk menjadi mahluk yang terlihat baik dan sengaja memperlihatkan dirinya kepada Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa.
"Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" Iblis membisikkan hasutan kepada Nabi Adam a.s. untuk makan buah dari pohon Khuldi
Nabi Adam a.s. enggan mempedulikan bisikkan Iblis tersebut kerana baginda masih patuh akan perintah dari Allah s.w.t. untuk jangan makan buah dari pohon Khuldi. Baginda membawa Siti Hawa berlalu dari situ dan meninggalkan Iblis.
Iblis yang gagal menghasut Nabi Adam a.s. tidak berputus asa. Dia mengetahui Nabi Adam a.s. amat sayang pada Siti Hawa dan beranggapan dia akan mendapat jalan untuk menghasut Nabi Adam a.s. jika dia dapat menyesatkan isteri baginda. Dia mendatangi Siti Hawa ketika Nabi Adam a.s. tiada di sisi dan cuba menghasut Siti Hawa untuk mendengar kata-katanya bahawa dia khuatir akan nasib mereka suami-isteri.
Siti Hawa yang terpedaya dengan tipu-helah Iblis bersetuju untuk makan buah Khuldi terlebih dahulu sebelum mengajak Nabi Adam a.s. untuk ikut mencuba. Setelah merasa nikmat dari buah terlarang, Siti Hawa bergegas menemui suaminya dan memujuk dengan lemah lembut agar Nabi Adam a.s. mencuba makan buah terlarang yang telah dia makan.
Nabi Adam a.s. yang amat sayangkan isterinya itu menuruti permintaan Siti Hawa untuk pergi ke pohon buah Khuldi demi menjaga hati insan yang baginda sayangi. Mereka tiba di pohon Khuldi dan Iblis telah menunggu kedatangan mereka.
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tdak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua," Iblis membisikkan nasihat yang berupa hasutan agar Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa untuk makan buah dari pohon Khuldi.
Nabi Adam a.s. makan buah terlarang bersama isterinya. Setelah mereka makan buah Khuldi, seluruh aurat mereka terbuka dan mereka terpaksa menutupinya dengan daun-daun di syurga. Allah s.w.t. memanggil mereka berdua yang telah terbuka aurat masing-masing.
"Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" Firman Allah s.w.t. kepada Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa.
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi," Nabi Adam a.s. merayu diampunkan kesalahan dirinya serta isterinya kepada Allah s.w.t.
Pasangan suami-isteri itu diampunkan oleh Allah s.w.t. namun mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di syurga.
"Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga kesuatu ketika (mati). Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)," firman Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa untuk keluar dari syurga.
Rancangan Iblis berhasil untuk menyesatkan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa. Mereka berdua di halau daripada syurga sepertimana dirinya sebelum ini. Namun Iblis belum berpuas hati kerana dia menginginkan manusia untuk sama-sama dimasukan ke dalam neraka dihari kemudian. Dia telah berjanji untuk kekal menyesatkan manusia hingga tiba hari pengadilan.
Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa diturunkan ke bumi pada tempat yang berlainan. Mereka berdua khuatir akan nasib pasangan mereka dan sedaya-upaya mencari di mana yang satunya lagi berada. Sekian lama berpisah, akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang diberi nama Padang Arafah.
Padang Arafah terletak di negara Arab Saudi, iaitu tempat para jemaah haji melakukan wuquf untuk memenuhkan rukun haji. Manusia dari seluruh pelusuk dunia yang datang mengerjakan haji tiba di Padang Arafah dan berkumpul sepertimana Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa yang berkumpul semula setelah lama tidak bertemu.
4 Jenis Wanita Yang Masuk Syurga & Neraka.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : empat jenis wanita yang berada di surga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di surga adalah :
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kawin karena khawatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar).
Rasulullah S.A.W. bersabda; “ Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka adalah :
1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.
Oleh karena itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.”
Peringatan Terhadap Kaum Lelaki
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam pernah bersabda;
“Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.”
“Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda:
“Sesungguhnya dunia ini indah dan manis, dan sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu sekalian sebagai khalifah lalu melihat apa yang akan kalian perbuat. Maka waspadailah dunia dan wanita. Sesungguhnya godaan dan bencana pertama yang menimpa Bani Israil adalah wanita.”
“Sesungguhnya dunia ini indah dan manis, dan sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu sekalian sebagai khalifah lalu melihat apa yang akan kalian perbuat. Maka waspadailah dunia dan wanita. Sesungguhnya godaan dan bencana pertama yang menimpa Bani Israil adalah wanita.”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
